Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan pihaknya memandang serius untuk menambah baik sistem komunikasi amaran terutama melibatkan bencana di negara ini.
Ketika mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali, ujar Fahmi, beliau mengingatkan rakyat agar sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa terutama ketika perubahan cuaca berlaku.
Tambah Fahmi, kerajaan akan meneliti semula segala saluran amaran yang boleh diperbaiki terutama melibatkan aktiviti-aktiviti berisiko.